top of page
Gedung Kuning Singapore

Restoran Nusantara, Permata, bakal dibuka di Gedung Kuning

Updated: May 11, 2021


Restoran Permata, yang akan ditempatkan di tingkat satu bangunan bersejarah di 73 Sultan Gate, akan menawarkan makanan ala bufet yang bakal dilancarkan Jumaat ini.

"Kita tidak dapat bergantung kepada pendapatan Amazing Chambers sahaja kerana Covid-19 menjejas perniagaan kami. Pelancong pun tidak ada. Sejak tujuh bulan lalu, kami merancang untuk mempelbagaikan perniagaan ini,'' kata pengurus besar (GM) Singapore Chamber of Secrets Pte Ltd, Encik Fajar Ali Mohd menjawab pertanyaan Berita Harian (BH).

Amazing Chambers menawarkan permainan interaktif yang memerlukan ramai pemain bermain bagi mengenali sejarah Singapura.

Selain warga setempat, permainan itu juga menarik minat pelancong asing dan dinobatkan nombor satu bagi kategori keseronokan dan permainan di Singapura di Tripadvisor sebelum ditutup akibat tempoh pemutus rantaian jangkitan tahun lalu. Kini, ia berada di tangga kelima.

Menurut Encik Fajar, mereka mempunyai rancangan menjadikan bangunan bersejarah itu sebagai destinasi gaya hidup yang menawarkan empat tarikan, Permata; Amazing Chambers, kafe buku dan acara masyarakat dan perkahwinan.


Permata dan kafe buku terletak di tingkat satu bangunan itu, manakala 'Escape Room' akan ditempatkan di tingkat dua.

Cef eksekutif Firdauz Nasir dari Permata akan menawarkan 60 jenis makanan Nusantara seperti tempoyak ikan patin, ayam binjai, ulam, kerabu, nasi bunga telang serta hidangan yang diberi sentuhan moden seperti rendang daging lembu Wagyu.

Ia juga menawarkan kaunter-kaunter makanan laut, roti jala, mi, serta stesen memanggang bagi stik.

Mereka yang ingin menjamu selera harus membuat tempahan.


Read more: https://www.beritaharian.sg/ekonomi-kerja/restoran-nusantara-permata-bakal-dibuka-di-gedung-kuning



Comments


bottom of page